Nasihat Ku Melalui Hadis : Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Nabi Muhammad Saw. pernah bersabda, "Agama itu sangat ringan dan siapa pun yang membebani keberagamaannya secara berlebihan tidak akan sanggup menanggungnya. Jadi engkau tidak perlu berlebihan, tetapi cobalah untuk mendekati kesempurnaan dan terimalah kabar baik bahwa engkau akan diberi ganjaran; dan shalatlah di pagi hari, siang dan di penghujung malam." [1:38-S.A.]

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Aug 14, 2009
H5N1 vs H1N1
Selsema Babi vs Selsema Burung .

H1N1 sibuk diperkata sana sini seluruh alam kini . Langkah pencegahan diambil pelbagai cara dan rentak tak mengira apa jua berlaku langkah pencengahan perlu diambil. Pakailah mask , basuh tangan dengan kerap , bersin menggunakan tisu @ kain tuala dan kemudian ada pelbagai cara lain ini termsuklah kuaratin sana sini . Memanglah dari segi kesihatan itu lah langkah yang elok dilakukan tetapi sampai bila ia akan berkesan walhal hanya pencegahan sahaja yang berlaku tetapi jalan penyelesaian tiada dilakukan maka ia akan terus menular sahaja di seluruh umat manusia tidak mengira agama,bangsa,pangkat dan taraf ekonomi pasti akan terkena jangkitan ini. Cegah…cegah…cegah… tetapi tiada jalan penyelesaian dilakukan oleh pihak kerajaan . Jika H1N1 ini datang dari babi @ khinzir mengapa haiwan yang diharamkan oleh Allahswt ini tiada dimusnahkan jika ia dimusnahkan pasti tiada penularan yang berlaku . Bukan sukar / rumit sangat pergi sahaja buru mana-mana babi yang ada jangkitan H1N1 ini dan kemudian bunuh terus sahaja haiwan itu . Adakah kerajaan sukar ingin melakukannya untuk perkara itu. Sampai bila ia akan begini.

Dahulu ketika H5N1 berlaku langakah pencengahan tiada langsung malah langkah jalan penyelesaian akan penyakit itu terus dilakukan dengan banyak burung-burung , ayam-ayam serta apa sahaja spesis dari golongan beburung ini terus dipancung banyak penternak beburung menangung kerugian serta pelbbagai lagi risiko dihadapi oleh peternak beburung ini. Tiada mengira adakah beburung ini mempunyai penyakit H5N1 ini atau pun tiada . Ketika langkah penyelesaian ini dilakukan dengan drastik tiada ramai manusia menjadi mangsa kepada H5N1 ini. Hanya sebilangan sahaja yangt menjadi mangsa penyakit itu yang membawa kkepada maut …

Saya pelik kenapa ketika dunia mengalami H1N1 tiada langkah penyelesaian dilakukan malah hanya langkah pencengahan sahaja dilakukan , sebaliknya H5N1 terus dilakukan langkah penyelesaian yang amatlah drastik…

Gambar Virus H5N1

Gambar Virus H1N1


Posted at 04:29 am by islamiah
Make a comment  

 
Aug 1, 2009
Menangkis Serangan Barat Terhadap Umat Islam

Menangkis Serangan Barat Terhadap Umat Islam
www.iluvislam.com
dihantar oleh : Abu Ridhuan*
editor : IskethaykaL


Muqaddimah

Dalam realiti kini aktiviti-aktiviti maksiat telah dimanipulasikan menjadi simbol kemajuan dan kemodenan. Manusia yang bernama Muslim tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. Mereka sering berfikir aktiviti leka apakah yang hendak dilakukan untuk menghabiskan masa siang dan malam. Rata-rata yang mengaku muslim dibelenggu oleh nafsu syaitan. Keperibadian mereka larut dalam budaya dan cara hidup Barat.


Musuh Islam yang sentiasa bekerja keras

Musuh Islam dari Barat, secara terus menerus dan agresif, menanamkan nilai-nilai dan budaya jahiliyyah ke dalam jiwa umat Islam. Jiwa umat Islam dipupuk supaya merasai ‘rendah diri’ . Dengan da’yah yang sistematik, misalnya melalui media cetak dan elektronik, ditanamkan satu pandangan bahawa apa-apa yang datang dari Islam adalah kuno dan tidak sesuai dengan zaman. Ataupun, apa yang datang dari Islam dianggap ganas dan melampau sedangkan apa yang datang dari Barat dianggap baik, maju dan moden.

Tidak sedikit umat Islam di pelbagai belahan bumi telah merasa asing terhadap nilai-nilai Islam dan cara hidupnya. Pada masa yang sama, mereka berjinak dengan cara atau gaya hidup Barat. Bahkan, lebih jauh dari itu, umat Islam merasa bangga dengan budaya Barat. Perhatikanlah dalam realiti kini;

Siapakah yang memenuhi panggung-panggung wayang?


Siapakah yang melepak dan berpeleseran di tepi-tepi bangunan membeli belah?

Siapakah yang kerap berkunjung ke pusat-pusat hiburan?

Siapakah yang ramai menghisap rokok?


Siapakah yang ramai menagih dadah?

Siapakah yang membuang anak luar nikah hidup-hidup?

Siapakah yang sering menjadi ‘kutu-kutu’ malam bersama-sama dengan motosikal-motosikal mereka?

Siapakah yang paling ramai tercicir dalam pelajaran?

Siapakah yang paling terkehadapan menentang perlaksanaan hukum-hukum Islam?

Jawapannya jelas iaitu Umat Islam.

"Akan datang kepada manusia satu zaman,
orang yang berpegang teguh dengan agamanya
seperti orang yang menggenggam bara api." At-Tirmidzi

Usaha-usaha pembaratan

Di awal usaha gerakan pembaratan ialah supaya umat Islam merasa ragu-ragu dan asing terhadap deen mereka sendiri dan di hujung gerakan pembaratan ialah Kristianisasi (riddah). Dengan kata lain, merosakkan akidah umat Islam. Antara serangan Barat terhadap umat Islam adalah;

1. Menghalang tertegaknya kesatuan umat Islam dengan cara menghalang kekhalifahan Islam. Sekaligus, Barat berusaha memperdalamkan perasaan kebangsaan dan kedaerahan di kalangan umat Islam.

2. Menegakkan pendidikan dengan sistem ‘co-education’ yang mencampurkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sebuah sekolah atau dalam sebuah bilik darjah. Ini mendedahkan umat Islam kepada fitnah.

3. Melaksanakan sistem riba' dalam ekonomi dan menghancurkan harta kekayaan umat Islam.


4. Memansuhkan undang-undang Rabbani yang berdasarkan syari’at Islam, dan memaksa perlaksanaan undang-undang rekaan manusia yang meruntuhkan akhlak dan menghancurkan keluarga muslim.

5. Merosakkan ikatan kekeluargaan, merobohkan nilai-nilai sosial dan merangsang umat Islam mengamalkan akhlak serba boleh (tanpa batasan). Juga menggalakkan hidup berpecah-belah dan menghapuskan keperibadian insan yang soleh.

6. Memecah-belahkan daerah-daerah Islam dan menanamkan unsur-unsur asing di hati umatnya.

7. Menulis kembali sejarah Islam berdasarkan kaca mata Barat yang bersifat kebendaan.

8. Membangkitkan rasa kebanggaan kedaerahan, kebangsaan dan kesukuan serta menghidupkan kembali sejarah kuno sebelum Islam.

9. Menyebarkan semangat materialisme, mengenengahkan teori Darwin sebagai pintu kepada atheisme dan menanamkan rasa ragu-ragu terhadap ajaran Islam mengenai asal usul kejadian manusia menurut Al Qur’an.

10. Menyebarluaskan fahaman materialisme dalam hubungan antara manusia dan kehidupan sosial menurut teori Freud (mengenai dorongan seksual) dan teori Marxis (mengenai dorongan isi perut) serta menggambarkan manusia sebagai binatang yang dikuasai oleh nalurinya.

11. Mematikan bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Al Qur’an.

12. Menafikan keunggulan kaum Muslimin dalam sejarah peradaban manusia.

13. Memaksa manusia memahami dan meyakini falsafah-falsafah materialisme seperti dialektika, permissivisme, eksistensialisme dan materialisme. Yang mana falsafah-falsafah ini menyemarakkan perasaan dengki, hawa nafsu dan angan-angan panjang. Juga, falsafah-falsafah ini mengingkari terhadap sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh pancaindera (atau yang tidak dapat dibuktikan secara empirikal).

14. Mengingkari agama dengan menganggapnya sebagai perkara yang membawa kemunduran hidup dan ketinggalan dari segi kemajuan sosial. Memisahkan Islam dengan politik dan akhlak manusia. Juga, menyerang akidah Islam dan nilai-nilainya.

15. Menyebarluaskan perpecahan dan permusuhan antara agama-agama dan ras-ras manusia.

Tujuan proses pembaratan terhadap umat Islam


1. Agar kaum Muslimin menerima gaya hidup barat dan jahil terhadap sistem hidup Rabbani.

2. Agar kekuatan kaum Muslimin lumpuh serta tidak berupaya lagi untuk menegakkan kembali peradaban Islam dalam ertikata sebenar.

Langkah-langkah menangkis serangan barat


Untuk menangkis gerakan pembaratan terhadap umat Islam, maka antara langkah penting yang perlu diambil adalah;

1. Menyebarluaskan da’wah Islamiyyah Da’wah Islamiyyah yang menerangkan Islam berdasarkan sumber-sumber yang muktabar perlu diutarakan kepada masyarakat melalui pelbagai wasilah yang munasabah. Ketahanan jiwa umat perlu dibina dengan wa’ Islami yang sebenar. Hati dan ‘aqal masyarakat perlu diselamatkan daripada racun yang disebarkan oleh musuh. Satu hakikat yang tidak dapat disangkal bahawa kejayaan gerakan pembaratan selama ini adalah lantaran jiwa umat Islam yang lemah. ‘Aqal dan ruh umat kosong daripada ajaran Islam sebenar.

2. Melaksanakan Tarbiyyah Islamiyyah
Tarbiyyah Islamiyyah untuk membentuk individu-individu muslim perlu dilaksanakan melalui pelbagai program. Individu-individu muslim yang soleh adalah umpama batu bata yang akan membangunkan bangunan Islam serta mampu untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam. Begitu juga kurikulum Tarbiyyah Islamiyyah perlu dibina akan dapat dijalankan di sekolah-sekolah. Pelajar-pelajar dididik dalam bidang akidah, syar’iah dan akhlak. Tarbiyyah Islamiyyah bukan sekadar menjadikan Islam sebagai pengetahuan sahaja, tetapi juga melahirkan keyakinan dan amal Islami dalam kehidupan harian.

3. Mengenengahkan Islam melalui media massa
Pekerja-pekerja Islam perlu memberi perhatian terhadap media massa. Seharusnya, pihak Islam mempunyai pusat maklumatnya sendiri yang dikendalikan oleh tenaga-tenaga mahir yang ikhlas dan mampu menyingkap pelbagai bahaya tersembunyi dalam da’yah yang disiarkan oleh musuh-musuh Islam.

4. Membina kesatuan umat Islam
Sewajarnya umat Islam berusaha ke arah kesatuan dan penyelarasan sehingga dapat berdikari dalam pelbagai bidang kehidupan. Pergantungan kepada pihak musuh, baik dalam aspek politik, ekonomi mahu pun mana-mana keperluan hidup, akan hanya mengundang kelemahan dan perpecahan. Musuh-musuh akan mengambil kesempatan daripada kelemahan dan perpecahan itu untuk campur tangan dan seterusnya merosakkan urusan umat Islam.

 

Penutup

Di samping langkah-langkah di atas diambil untuk berhadapan dengan gerakan pembaratan oleh musuh-musuh Islam, umat Islam juga perlu berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sesuatu yang datang dari luar. Jangan terjadi, dengan beralasan kepada sikap ‘toleransi dan terbuka’, maka gerakan-gerakan yang merosakkan akidah Islam dibiarkan begitu sahaja hingga boleh membawa kepada gejala riddah yang berleluasa.

Glosari kata

Riddah = murtad


Posted at 01:15 am by islamiah
Make a comment  

 
Jul 26, 2009
Marwa as-Sharbini

Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana tudungnya

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya "teroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden  .

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: 'Waa Mu'tasimah!'. Mu'tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. "Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia," kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. "Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab," kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. "Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama," tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. "Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama  dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab," ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul "Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht" yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa "Federal Cross of Merit". Pemberi komen lainnya menyebut Marwa "toilet" dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Sementara itu, atas sikap akhbar Die Welt online, website Ikhwanul Muslimin menyeru kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes kepada akhbar tersebut agar menghapuskan komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, melalui alamat email: online@welt.de

 

Video


Posted at 02:06 am by islamiah
Make a comment  

 
Jul 25, 2009
Isra' dan Mikraj
Isra' dan Mikraj
 
 
 
 
 
 
 
"Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami pertihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (Q.S.Al-Israa':1)

Isra' dan Mi'raj merupakan dua kejadian yang berkesinambungan dan kesatuan yang tidak terpisahkan. Isra' berarti perjalanan dimalam hari sedang mi'raj adalah tangga alat naik. Peristiwa Isra' Mi'raj bermula ketika Malaikat Jibril AS mendapat perintah dari Allah untuk menjemput Nabi Muhammad SAW untuk menghadap Allah SWT. Jibril membangunkan Rasul dan membimbing-nya keluar Masjidil Haram ternyata diluar masjid telah menunggu kendaraan bernama Buraq sebuah kendaraan yang kecepatannya lebih cepat dari kecepatan rambat cahaya dan setiap langkahnya sejauh mata memandang.

Perjalanan dimulai Rasulullah mengendarai buraq bersama Jibril. Jibril berkata, "turunlah dan kerjakan shalat".
Rasulullahpun turun. Jibril berkata, "dimanakah engkau sekarang ?"
"tidak tahu", kata Rasul.
"Engkau berada di Madinah, disanalah engkau akan berhijrah ", kata Jibril.
Perjalanan dilanjutkan ke Syajar Musa (Masyan) tempat penghentian Nabi Musa ketika lari dari Mesir, kemudian kembali ke Tunisia tempat Nabi Musa menerima wahyu, lalu ke Baitullhmi (Betlehem) tempat kelahiran Nabi Isa AS, dan diteruskan ke Masjidil Aqsha di Yerussalem sebagai kiblat nabi-nabi terdahulu.

Jibril menurunkan Rasulullah dan menambatkan kendaraannya. Setelah rasul memasuki masjid ternyata telah menunggu Para nabi dan rasul. Rasul bertanya : "Siapakah mereka ?"
"Saudaramu para Nabi dan Rasul".
Kemudian Jibril membimbing Rasul kesebuah batu besar, tiba-tiba Rasul melihat tangga yang sangat indah, pangkalnya di Maqdis dan ujungnya menyentuh langit. Kemudian Rasulullah bersama Jibril naik tangga itu menuju kelangit tujuh dan ke Sidratul Muntaha.

Dan sesungguhnya nabi Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, yaitu di Sidratul Muntaha. Di dekatnya ada surga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratull Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dariyang dilihatnya itu dan tidakpula melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar." (QS. An-Najm : 13 - 18).

Selanjutnya Rasulullah melanjutkan perjalanan menghadap Allah tanpa ditemani Jibril Rasulullah membaca yang artinya : "Segala penghormatan adalah milik Allah, segala Rahmat dan kebaikan".
Allah berfirman yang artinya: "Keselamatan bagimu wahai seorang nabi, Rahmat dan berkahnya".
Rasul membaca lagi yang artinya: "Keselamatan semoga bagi kami dan hamba-hamba Allah yang sholeh. Rasulullah dan ummatnya menerima perintah ibadah shalat".
Berfirman Allah SWT : "Hai Muhammad Aku mengambilmu sebagai kekasih sebagaimana Aku telah mengambil Ibrahim sebagai kesayanagan dan Akupun memberi firman kepadamu seperti firman kepada Musa Akupun menjadikan ummatmu sebagai umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan pada manusia, dan Akupun menjadikan mereka sebagai umat wasath (adil dan pilihan), Maka ambillah apa yang aku berikan kepadamu dan jadilah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur".

"Kembalilah kepada umatmu dan sampaikanlah kepada mereka dari Ku".
Kemudian Rasul turun ke Sidratul Muntaha.
Jibril berkata : "Allah telah memberikan kehormatan kepadamu dengan penghormatan yang tidak pernah diberikan kepada seorangpun dari makhluk Nya baik malaikat yang terdekat maupun nabi yang diutus. Dan Dia telah membuatmu sampai suatu kedudukan yang tak seorangpun dari penghuni langit maupun penghuni bumi dapat mencapainya. Berbahagialah engkau dengan penghormatan yang diberikan Allah kepadamu berupa kedudukan tinggi dan kemuliaan yang tiada bandingnya. Ambillah kedudukan tersebut dengan bersyukur kepadanya karena Allah Tuhan pemberi nikmat yang menyukai orang-orang yang bersyukur".
Lalu Rasul memuji Allah atas semua itu.

Kemudian Jibril berkata : "Berangkatlah ke surga agar aku perlihatkan kepadamu apa yang menjadi milikmu disana sehingga engkau lebih zuhud disamping zuhudmu yang telah ada, dan sampai lah disurga dengan Allah SWT. Tidak ada sebuah tempat pun aku biarkan terlewatkan". Rasul melihat gedung-gedung dari intan mutiara dan sejenisnya, Rasul juga melihat pohon-pohon dari emas. Rasul melihat disurga apa yang mata belum pernah melihat, telingan belum pernah mendengar dan tidak terlintas dihati manusia semuanya masih kosong dan disediakan hanya pemiliknya dari kekasih Allah ini yang dapat melihatnya. Semua itu membuat Rasul kagum untuk seperti inilah mestinya manusia beramal. Kemudian Rasul diperlihatkan neraka sehingga rasul dapat melihat belenggu-belenggu dan rantai-rantainya selanjutnya Rasulullah turun ke bumi dan kembali ke masjidil haram menjelang subuh.

Posted at 09:48 am by islamiah
Comment (1)